experiencing raya,

Raya Pertama.

Rating: Worst
Emotion: Unhappy

Situation:
Aku bangun. Pakai baju raya. Warna Biru lagi tu.Lawa. Siap bersampin. Macho. Pegi Madrasah. Nak sembahyang Raya. Pehh. Memang pack. Aku dengan rasa hormat bagi laluan kat orang-orang tua untuk sembahyang raya. Aku tak naik. Takpe. Aku tak kisah. Buat amalkan. Lepak dengan rakan taulan. Borak-borak. Gosip-gosip. Ketuk-mengetuk. Orang sembahyang raya dah siap. Ada makan-makan. Sedap. Aku tengah berjalan. Tangan kosong. Niat nak ketuk adik aku sebab ambik songkok aku. Ada budak datang. Kecik lagi. Hingus pekat lagi. Laju je. Bawak pinggan ada sate. Bila ada sate, ada kuah sate sekali. Sedap. Tapi Boom. Eksiden. Baju aku. Argh. Kotor. Aku basuh. Basah lencun. Gila ah. Sungguh sexy saya di pagi raya. Adoi, jadi bahan aku pagi tu. Balik umah. Terus aku tak keluar rumah haritu. Sampai la Mak aku suruh ajak pegi Kota Bharu. Balik kampung. Pergi kubur. Jumpa sepupu. Best. Tapi jadi tak best sebab Daddy aku tak habis-habis membebel masa on the way. Aku amik earphone. Sumbat kat telinga. Dengar lagu Serj Tankian. Best. Bajet bapak aku dah abes bebel, aku stop lagu. Save bateri. Tapi tak abes lagi. Tukar dengar Serenade by Jim Brickman. Best. Tenang jiwa. Last-last aku tertidur. Pergi umah Uncle aku. Dia ta sponsor mercun tahun ni. Kecewa. Cukup Kecewa.


Raya Kedua.

Rating: Best
Emotion: Satisfied

Situation:
Open House kat rumah aku. Ada sate. Ada soto. Ada kek. Ada kuih. Ada nasi beriani. Ada nasi kerabi. Dua meja penuh makanan. Peh, Mak aku memang melampau raya ni. Sepupu-sepupu aku semua datang. Kami lepak. dan lepak. dan lepak. Aku rindu diorang sngat-sangat duh. Bila dah gathered macam ni. Ada la sakat menyakat. Ada la yang nangis. Ada la yang nak mengayat anak member-member mak aku. Peh. Hot sungguh budak sorang tuh. Uuu la la. Lepak sampai malam. Pastu tido. Tapi Petang tu merayap rumah Maskanah jap. Jupe member-member lama kat sana. Kool abes ah hari raya kedua.

Raya Ketiga.

Rating: Yes
Emotion: Excited


Situation:
Dapat duit raya banyak gila. Best. And jumpa ramai gila member-member lama. Ramai gila ah. Tapi malam tu, tertekan sikit sebab teringat assignment banyak lagi tak buat. Nak buat takde bahan. Internet slow sangat. Aii. Kenapa la Kampung aku takde 3G eh?

2 gosip liar:

  shakinah

September 26, 2009 at 8:47 AM

mana cerita pasal opah kita?
haha.

aku suka raya 1st kau.
kijam kan aku.
:D

  .paiz.

September 26, 2009 at 9:15 AM

haha.kejam duh. nasib aku memg malang.