loveandlike.

paper aku start pukul 9am kat Laman Perdana,
masuk dah la lambat,
kad pelajar takde,
since kad pelajar takde,
kena la isi borang merah,
lawa la borang tuh,
merah menyala.

to tikut: power ranger merah bertukar :)

oke, sambung balik.
pagi tu paper math,
soalan dia senang la,
mula mula tengok soalan aku sengih,
senang gila,
bila dah start jawab,
baru la aku teringat yang,
aku tak study yang senang,
yang susah je aku study,
sekarang ni aku tak tahu nak salahkan sapa,
uh,tak puas hati,tak puas hati.

since ketidak puasan hati aku melampau lampau,
habis je paper terus merayap,
mula mula pergi subway kat juru,
makan sandwich,
harga,pergh dekat rm50 untuk tiga orang,
semata mata untuk sambut birthday tikut,
plan asal nak buat party in the park tapi tak jadi.

lepas makan terus pergi kepala batas rumah jajan,
saja pergi nak tengok kucing,
gila comel kucing baru dia,
tapi hamster aku tetap tiptop,
dah tukar nama baru,
sekarang nama dia shika dan shiki,
di inspirasikan daripada kartun yang aku lukis.

hujan cukup lebat,
aku dari rumah jajan ingat nak terus main skate,
tapi hujan tak stop,
tak jadi la,
tak berani dah redah uh,
lemau deck karang,
mampus aku kena,
dah la tuan deck pink tuh baran,
aku dengar la.

agak frust la dengan math,
and tak dapat skate,
kalau dapat skate mesti best,
reduce aku punya tension,
tak puas hati lagi la,
depress gila,
dengan math, dengan adik aku,
ish, nak keluar housemate aku semua busy,
semua dah insaf jadi pelajar sejati uitm,
aku seriously bangga jadi housemate mereka mereka itu :).

notahamster: aku nak kena cuci cage hamster aku,dah lama tak cuci. kesian shika dan shiki.

notakamusdwibahasa: aku rasa bahasa malaysia aku dah semakin improve. best sungguh. :)

2 gosip liar:

  orange.

November 5, 2009 at 6:19 AM

aha.
kau memang sengak,kad matrix yang penting macam nyawa tu pun kau bole lupe kan.
apedaaa.
btw,setting entry aku yang tu nanti aku cek balik,k?

  .paiz.

November 5, 2009 at 10:04 PM

ehehe. bukan lupa. tapi hilang dari sem 2 lagi. dan aku.... tak penah kecoh nak buat kad matrix baru. haha.:)