kenatinggal.

harini genap tiga hari aku kena tinggal,
kena tinggal duduk penang sorangsorang,
duduk rumah sewa sorangsorang,
rumah besar tapi duduk sorang,
buat aku rasa macam,
emm, entah la,
kaya perhaps, loaded to be exact,
haha, macam anak datuk,
bak kata hasreen, 
aku anak datuk,kau anak tan sri, releks la.

harini dah genap dua hari aku lepak dengan senior,
macam tak percaya pulak,
tak pernahpernah aku tegur,
sekali boleh lepak sekali,
desperate la katakan,
tapi diorang memang best.

harini dah genap dua hari jugak aku tidur rumah jiran,
harihari lepak rumah jiran,
tidur rumah jiran,
betulbetul depan rumah aku,
jiran aku poli,
segan uh,tapi orang invite,
apa lagi kan,
dari aku tidur sorangsorang kat rumah besar tu,
besar tapi kosong,
best tapi seram,
terima kasih sajala.

harini dah genap berharihari hujan, 
aku dah naik fedup dengar word hujan,
depressed jadinya,
nak skate tak boleh,
sebab hujan,
nak pergi KL tak boleh,
sebab makcik tak jadi pergi gig hujan,
tak best pergi gig sorangsorang,
sekarang aku tengah cari idea nak spend cuti,
ingat nak cari deck baru dekat KL,
dah janji dengan acap uh,
dan ah raya haji,
nak raya rumah sapakah, aku dilema.

notaberambuslakau: kenapala aku gatal nak raya haji kat kampung orang lain ni?

notabodohsangatbodoh: aku bosan duduk penang,rasa macam duduk toilet je.

fahamtakfaham.

aku lagi rela fikir kenapa harihari kena hujan,
daripada fikir,
macamana nak kira energy balance untuk chemical process principle.

tapi hakikatnye,
macammana aku fikir pun aku tak dapatdapat lagi jawapan dia,
memang sakit hati la.

aku tak suka kilat,
aku tak suka guruh,
dan,
sekarang aku rasa aku dah tak suka hujan,
tapi hujan memang best.

notahujankilatdanguruh: shakinah,pliss tolong rain dance kau tu. melampaulampau pulak hujan ni wee.

mengejalebah.

dalam bahasa inggeris,lebah di eja sebagai,
B.E.E untuk singular,
dan B.E.E.S untuk plural,
erm aku rasa la,
english aku pun 8E spm, :)

nevertheless, siapa kisah tu semuakan,
actually post aku harini pasal kurakura,
kurakura ni binatang yang duduk dua alam,
dan sekali lagi aku faham yang takde siapa kisah,
tapi aku kisah sebab kurakura ni actually nickname member aku,
pelik, memang la, dia pun pelik,
nama dia afifah,
sekali dapat kat aku,
jadi kurakura.

she is a friend yang terbaik la setakat ni,
she`s in my age,
and dapat tawaran untuk sambung law dekat jerman,
dapat je tawaran dia sengih,
memang yakin nak fly tuh,
tapi mak dia, alahai,
bersyarat tuh,
"If you want to go to jerman,oke fine, i`ll let you go but with one condition",
gila suspen moment tu,
"Kahwin dulu",
apalagi, tergelak sampai meleleh air mata la si kurakura tu,
tapi yang lagi suspen,
mak dia serius duh.

dia dah kecut perut dah,
aku offer kahwin je dengan aku,
nanti kau kerja bayar gaji aku,
then cerai,berambus kau,
dia setuju,
aku kata eh,kau gila apa,
aku cakap je,
dia kata aku rela do,
aku pelik,
sampai macam tu sekali dia nak fly,
cita cita beb,

aku call mak dia gelakgelak dengan harapan mak dia terharu dengan semangat dia,
sekali mak dia cakap,
dah tu kahwin je la,
terkejut aku,
bab kahwin awal memang aku tarik diri,
sorry la wee,
nak tolong tapi tak mampu,
rasa useless pulak wee
kesian dia.

tapi yang bestnya,
walaupun deman,
aku still kuat main skate dalam hujan,
cukup feel,
aku rasa best, menarik,sexy,kool dan horny,
hujan dan sejuk,
tambah tambah kau pakai short,
siapa tak horny kalau macam tu. haha.

notakurakura: sabar la wee. shakinah,kau mangsa kahwin awal yang seterusnya.

notahorny: aku horny kejap je, telan penadol terus hilang horny. haha

rasarasalakan.

rasarasa la kan,
aku rasa aku deman,
sebab apa aku rasa aku demam,
sebab aku rasa panas,
aku rasa sakit tekak,
aku rasa aku bersin teruk,
dan rasarasa yang sewaktu dengan demam.

yang buat aku lagi yakin dengan rasa aku,
rakan rakan aku rasa aku demam,
dan aku tak penah ragu dengan mereka mereka punya rasa,
sebab Tv kata soal rasa,lidah tak boleh bohong.

notademam: i dont like this feeling. :(

theblablabla.

aku balik kampung,
oke oke la,
tapi macam biasa la,
ceramah rasmi memang tak lari la,

on the way pergi kota bharu,
kononnya nak pergi tengok adik aku,
aku dress simple je la,
semua aku pakai adik aku punya,
baju baju aku,
haha, aku balik bawak boxer sehelai je.

naik kereta,
aku duduk senyap je,
and then,
bla, bla, bla, bla,
dah start dah,
daddy aku hebat,
tak payah tekan butang on,
mulut dia laju je gerak,
tengah ceramah dia hot,
aku sumbat earphone dalam telinga,
volume full,
lagu komplot tak stop main,
aku dah tak dengar ceramah dah,
releks je aku rasa,
lepas tu, telinga aku sakit ,
kenapakah,
oh, kene tarik telinga,
sakit uh,
buka earphone, dengan ceramah,
terpaksa la kata kan.

balik dari kota bharu,
kebetulan adik aku balik jugak,
ceramah sesi ke dua start,
aku buat derk je,
sekali soalan cepumas keluar,
"aku hantar kau pergi uitm tu, apa kau dapat kat sana?",
soalan ni aku suka,
aku jawab,
"do you know that thermodynamic is the study of energy and the change of useless energy into useful energy".
aku reka je,
dia bukan tahu pun,
uh, bantal terbang,
aku elak,
selamat,
hehe, hadiah menjawab dengan betul.

tet tet, handphone aku bunyi,
aku buka mesej,
uh adik aku yang send,
hairan, dia betul betul kat depan aku je,
kenapa harus mesej,
aku tengok dia,dia buat derk je,
baca mesej,
"eh,jangan la menjawab. respek la orang tua tua".
aku punya impression,
wow, adik aku sungguh bagus,
aku reply,
"perlu ke kau kisah",
dia reply,
"perlu. kalau kau menjawab nanti nama aku kena ungkit la bodoh"
aku reply,
" bagus la, paling tidak aku terlepas nanti",
dia reply,
" kau memang abang yang terbaik la, dan hati busuk"
aku reply,
"terima kasih banyak banyak. aku terharu".
lepas tu,
aku dengar je ceramah dengan penuh tekun,
without question,
diulangi,
tanpa menjawab,
aku pun tak percaya aku boleh senyap je,
macam magik.

notakesimpulan: aku rasa aku kena rasuk, ataupun maybe aku tengah on drug.

whitedanbrown.

aku tak puas hati,
dah pelik,
dah tak faham,
dan sakit hati,
dah geram,
dan rasa rugi.

kenapa,
baju tshirt putih aku,
yang asal asal putih,
i mean putih seci bersih,
betul betul bersih macam hati aku, hehe
tiba tiba bila aku basah,
terus jadi kuning sikit,koko sikit.

dan kenapa,
bila mereka mereka yang lain basuh,
baju semua selamat.

memang la aku tak pandai basuh baju,
tapi aku guna mesin,
mereka mereka pun guna mesin,
tapi mereka ok,
aku tak ok.

aku baru je rugi 2 helai baju putih,
faveret aku. :(

akunakshakinahkata: sila benarkan aku basuh baju kau.

hiduphousemateaku.

selamat siang,

aku ada housemate,
nama dia farid,

farid hebat,
dia budak food service,
semester empat.

farid memang hebat,

badan dia besar,
charlie pun suka.

farid seriously hebat,
esok dia ada paper,
housemate lain sibuk study,
kecuali dia,
malam nak final,
dia borposing sakan,
semua baju orang dia try,
kehulu kehilir dalam rumah,
tukar baju 5 minit sekali.

farid memang hebat gila la wei,
orang makan,
dia main dota.

farid hebat,hebat,hebat tak terkata,
bulu dada dia gila panjang,
gorila tengok pun muntah pregnant,
aroma pergh gila style,
beli deoderant tapi jadikan perfume,
kan ke genius dia tu.

tapi aku lagi hebat,
aku kutuk dia dalam blog,
walaupun tahu nanti dia baca,
tunggu time dia belasah je.

notaakuhebatgila: aku bangga dengan farid.

loveandlike.

paper aku start pukul 9am kat Laman Perdana,
masuk dah la lambat,
kad pelajar takde,
since kad pelajar takde,
kena la isi borang merah,
lawa la borang tuh,
merah menyala.

to tikut: power ranger merah bertukar :)

oke, sambung balik.
pagi tu paper math,
soalan dia senang la,
mula mula tengok soalan aku sengih,
senang gila,
bila dah start jawab,
baru la aku teringat yang,
aku tak study yang senang,
yang susah je aku study,
sekarang ni aku tak tahu nak salahkan sapa,
uh,tak puas hati,tak puas hati.

since ketidak puasan hati aku melampau lampau,
habis je paper terus merayap,
mula mula pergi subway kat juru,
makan sandwich,
harga,pergh dekat rm50 untuk tiga orang,
semata mata untuk sambut birthday tikut,
plan asal nak buat party in the park tapi tak jadi.

lepas makan terus pergi kepala batas rumah jajan,
saja pergi nak tengok kucing,
gila comel kucing baru dia,
tapi hamster aku tetap tiptop,
dah tukar nama baru,
sekarang nama dia shika dan shiki,
di inspirasikan daripada kartun yang aku lukis.

hujan cukup lebat,
aku dari rumah jajan ingat nak terus main skate,
tapi hujan tak stop,
tak jadi la,
tak berani dah redah uh,
lemau deck karang,
mampus aku kena,
dah la tuan deck pink tuh baran,
aku dengar la.

agak frust la dengan math,
and tak dapat skate,
kalau dapat skate mesti best,
reduce aku punya tension,
tak puas hati lagi la,
depress gila,
dengan math, dengan adik aku,
ish, nak keluar housemate aku semua busy,
semua dah insaf jadi pelajar sejati uitm,
aku seriously bangga jadi housemate mereka mereka itu :).

notahamster: aku nak kena cuci cage hamster aku,dah lama tak cuci. kesian shika dan shiki.

notakamusdwibahasa: aku rasa bahasa malaysia aku dah semakin improve. best sungguh. :)