aku dah malas nak cuti.

cuti dalam bahasa melayunya ialah cuti. dalam bahasa omputehnya pula aku tak tahu. cuti memang best, bila cuti boleh balik kampung lepak ramairamai tepi sungai makan jambu air cicah kicap. sedap. dulu aku selalu buat. gather sepupu ramairamai, panjat pokok jambu ramairamai,lawan jambu siapa paling banyak. best. kena gigit kerengga pun best. zaman budakbudak kecik dulu memang la best. serius takde benda nak fikir. kalau ada pun, budakbudak kaum adam je. aduh bila cuti, nak kena fikir trick baru nak lari dari bersunat. tu dulu. sekarang ni budakbudak semua berani. setakat potong sikit je, apedehal la sangat.

bila dah besar, masuk sekolah menengah. cuti best lagi ah. relek ah. cuticuti merempit lepak tepi sungai makan aiskrim.nak nak time panas.peh terbaik la.dua zaman dah aku bantai lepak tepi sungai,apa nak buat kan. aku ni budak kampung kemubu.biasa ah tu lepak tepi sungai. lepak je tepi sungai tapi time mandi sungai aku mandi tepi tepi je. apa nak buat, dah tak reti berenang. belajar berenang pun tak grad,grad. dah berapa tahun aku extend kelas renang. ingat senang ke berenang.sumpah susah.

aih dulu cuti sangat la best.dah masuk UITM yang tah ape ape ni dah malas pulak nak cuti. asal cuti je asaimen banyak.fedup uh. bukak cuti je test penuh satu kelendar.mana tak sakit.satu badan sakit.tak nak study takut kena fired. dah kerjaya aku pelajar, belajar je la kerja. tapi aku rajin. ohoo sangat rajin. *ini betul sangat sangat*.

*boo UITM, cuticuti tak payah la bagi asaimen.

2 gosip liar:

  orange.

February 20, 2010 at 2:25 AM

yeah.
aku sokong!
baek sebelum cuti ke sampai lepas cuti pun, SAMA. keje memanjang xsiap.
haha.

  .paiz.

February 24, 2010 at 10:40 PM

ai.sokong kosong je ke bai