.you kejar i, i kejar you

di sebabkan aku terlampau RAJIN dan FINAL dah dekat gila, aku macam biasa la. seperti hari hari yang lain dan lain dan lain studi la kat bilik studi dekat zamrud. port biasa aku, bilik study wing B, meja tepi pintu.heh. tempat faveret,udara segar gila.

dan seperti biasa la juga,aku dengan seksinya pakai short pant adik aku yang mahal tapi aku tibai macam tu je tak bagitau dia dengan baju hijau daun pisang yang lawa. beg punya la berat. aku angkut jugak sebab niat nak studi. tekan lif,masuk lif. keluar lif.beli ais oren.minum sampai licin then masuk bilik studi. sebab niat nak studi heat transer, so aku bukak la buku heat transfer. paper test, past year, kertas kajang, kertas kaler bagai penuh meja. terselit bawah nota heat ada buku junk. belek belek junk kejap. oke simpan junk. tenung buku heat.

STUDI, STUDI, STUDI, STUDI, STUDI kejap, terus lapar, bila lapar aku teringat OREO. terus buka beg cari oreo celah celah buku. pehh ada wooh. baru nak bukak oreo, bunyi bising kat belakang. hesh, kecoh la. aku pusing belakang. ada member aku kena marah dekat warden sebab pakai kain sarung turun bawah.siap kena halau. sengih kejap. then, poff, heh aku pakai short la sial. betis dah lawa, bulu dan lebat. seksi ah. tengok kiri tengok kanan, cepat je aku keluar ikut pintu sebelah aku.keluar je, aku perasan warden tu nampak aku. heh, laju la lari. tekan lif wing A kuat kuat sampai nak tenggelam button tuh.

TING, lif sampai. cepat cepat masuk lif, gelak sorang sorang. huh,puas hati beb. tukar seluar jap. redi je nak turun, dapat mesej, dia tunggu ko kat bawah.hahahah.. siuut. cuak. satu badan peluh eh.lepak lepak kejap. lepas tuh turun. intai kiri kanan, depan belakang memang dah macam nak curik ayam kat reban dah. yeah dia tak de.apa lagi, duduk je bukak OREO dan enjoy. bila dikejar,makan la OREO. sedap dan
berkrim.



p/s: aku tak tahu apa aku tulis. jangan tanya.

2 gosip liar:

  anisizatyA.J

April 19, 2010 at 11:11 PM

i need to study too. damn malas gilaaaa.

  Amy Syaquena

April 20, 2010 at 12:36 AM

salam perkenalan...just follow ur blog..jemput juga ke teratak amy ye...