dulu aku minat, sekarang pun minat.

ahaa. seminit lepas aku tak tahu nak tulis apa. ni idea fresssssssh ni. sekarang aku dah tahu.

heh. ada minah tinggi tinggi, kurus kurus,mulut kecoh yang janji nak belanja aku mekdi tiba tiba post status tagline pokemon dekat facebook dia dua tiga kurun lepas. lama gila tak dengar tagline tu. haha. duk lepak kejap tadi, aku bukak la youtube,bukak je poof, ada pokemon. heh,comel gila ah.

kejappp. korang kenal ke pokemon tu apa? kalau rasa jakun gila tak tahu amende pokemon tu kan, sila kelik bawah tu:



comel gilaaa kan.kan. serius pokemon comel. aku ingat lagi dulu masa darjah tiga pokemon main tiap tiap hari time petang. aku punya la sanggup lari dari latihan rumah merah. dulu aku wakil lari lari je. biasa ah bab lari lari ni. semata mata nak tengok pokemon, lepas je turn aku lari, cepat cepat aku balik rumah bukak tv. jauuh rumah aku. tapi selamba ah naik basikal pecut laju laju. lepas tuh esok semua tanya mana aku melencong masa latihan. aku sengih je. bagitahu karang kena gelak pulak. ahhh malas ahh. 

bila dah besar sikit masa sekolah menengah aku dah tak main pokemon dah. time form one dulu aku gila digimon pulak. mana tak nya, ada budak mana ntah tinggi tinggi, kurus kurus, kaki cakap besar, anak cikgu saliana duduk bawa digivice masuk kelas. aku kan jakun. nampak best je. ahh,beli la satu. haha. dulu digivice tu kena travel cari enemy. nak jalan kena "shake" digivice tu banyak banyak. aku ingat lagi sebab nak lawan dengan member aku digimon sapa lagi kuat, aku semangat ah levelkan aku punay digimon. sampai dekat assembly aku shake benda tu. masuk toilet pun nak shake. masa cikgu sibuk mengajar kat dekat, tangan sibuk nak shake digivice alah tuh. pehh semangat. bodoh la, aku nak cakap pasal pokemon ektuali ni. aduh.

masuk form two, budak tu jugak hasut aku main game pokemon. peh,memang terhasut la kan. elok sangat la dia jadi setan,pandai je hasut orang. aku respek ahh. bagus dia tuh. heh, aku suka cerita pokemon bab dia lawan lawan je. ahhh comel gila ah tengok power keluar masuk. kejap kilat, kejap api. tung tang tung tang, menang. 

heh. bayang kan fight ni.

A : go pikachu.
B : i choose you bulbasaur.
A : pikachu, use kilat..
*pikachu :pika pi.bzzz*
B : bulbasaur, elak la weh.. use vine whip.
*bulbasaur: bulbaaa. whip whip*
A :pikachu lompat kiri,lompat kanan,pusing. *tepuk tepuk*
B : oke, guna tackle pulak.
A : ahh, bodoh sangat tak elak.
*pikachu : pika pii.sob sob*
B : now use sleep powder.
A : tiupp tiuppp cepat. fuhh fuhh. pikachu, use slam.

*ahh imagine la sendiri, aku malas.heh.


. apasal laa, aku terimaginasi over gila neh .

2 gosip liar:

  Anonymous

April 13, 2010 at 2:18 PM

hahahahahhaha.
comel gilaa wehhh.
jom lawan!
aku pilih syduck!

  .paiz.

April 14, 2010 at 6:31 AM

heh. aku guna pikachu lagi. sekali tembak terus kalah ah