aku kaki mengarut.

seriusli lama gila aku blah amcam tuh je,

sebab
aku malas. hehe.

oke,update update.
yang lepas biarkan lepas oke.

latest update,
aku baru balik dari melaka untuk tournament vc cup.gempak. of cos penang kalah.takde chance la nak menang,nak nak bila aku masuk,gerenti kalah terus. tapi yes,baju free siot.
melaka best, aku suka sebab chances untuk sesat macam kat penang rendah. aku dah la buta jalan. seswai dengan aku.

* hihiy, maybe aku akan blah ke melaka meninggalkan kau sebab aku tak suka sesat macam kau. haha.*

*rugi ah tak sempat blanja mamak dekat melaka,haha.au dah cucuk dua belas ratus ribu dah kat atm semata mata nak blanja mamak.nasib kau malang kan mak. haha*

lagi update latest,
lepas balik penang,jiran depan rumah aku pulak nak pindah rumah. maka dengan penuh kasih sayang dan belas kasihan aku tolong angkat barang turun naik tangga. bukan jauh pun,dekat je tapi susah la nak lepak next sem. ush dorang budak poli,baru abis exam. dah habis exam dorang balik,adoi rindu pulak kat jiran jiran aku tuh.haha. lagipun next sem si shah prektikal lagi susah nak merayap. kenduri kat rumah dia 2hb ni aku gerenti pergi.hoho.

nak lagi latest, 
tujuh belas haribulan diorang blah. naik bas ramai ramai pergi jetty. aku follow sebab nak aku nak pergi sungai petani rumah sepupu aku. tunggu tiket aku lama gila. uh aku pissed gila petang tuh. aku gerak dulu before jiran jiran aku tuh. sempat lambai lambai ahah,pondan gila kan. sampai sungai petani, aku roger sepupu aku.tutt, sampai. sempat layan cerita geng kat rumah dia dengan anak anak sepupu aku. alahai comel gila budak budak tu. haha. alang alang tunggu mukhlis amik aku. aku tak faham macamana dia boleh sesat, aku ingat terer sangat. haha. malam tu sepupu aku nak blik kelantan,so aku tumpang hantar barang balik kelantan je la. then aku tidur rumah si mu sebab taleh stay rumah sepupu aku. rumah dia dekat aman jaya,agak besar dan vogue jugak la rumah dia. kakak kakak dia semua peramah dan agak kool. comel pulak akak dia yang si dinie tu aku tengok.haha. uh dia tua,dia tua. taleh taleh. stop stop. duduk umah dia layan tv je la,memang takde mende lain la nak buat. tv je ke. then next day bangun lewat gila,sempat dengar mak dia bagi ceramah. haha. ngam ngam abang ipar dia orang kelantan boleh buat geng. ustaz siot, cuak aku. haha.sebab cuak tak tahu. deng deng deng. bateri hp aku boleh pulak kondem time time tu.rosak terus. terpaksa beli baru. harga rm25. mahal kalau pergi mcd dah dapat dua spicy ayam mcdeluxe tu. adoi,siapakah yang harus dipersalahkan. aku jugak. 

kepala otak aku: siot,BODOH LA KAU PAIZ. 
aku:ye la AKU BODOH,KECOH LA KAU.

yang paling latest dan ter up-to-date is,
tadi aku pergi jusco nak tengok wayang. sorang sorang. direpeat SORANG SORANG. *sob sob*
tapi takde cerita best so aku pusing pusing. jumpa tali kasut best kaler pink. nak cari merah tapi ada pink,beli jugak. pink itu menawan, ahh pondan katanya naza hairazi merangkap senior aku yang amat direspek dan dikeji. sekali lapar,adoi. makan dekat johnny. oh steamboat siot.dengan asam laksa bihun pulak tuh.  alahai nampaknya sampai hujung bulan ni aku kena makan meggi la. bajet lari,nak kejar memang mustahil. meggi pon sedap,janji halal. 

yes, aku dengan suksesnya berjaya meng update blog aku yang dah lama macam sampah ni. 

kepala otak aku: kecoh. macam budak budak.
aku: kau la kecoh.sukahati aku la. ah babi la kau.jeles.

additional karutmengarut:

*dengan bangga di umumkan sem ni aku lulus semua paper,oo yes bebeh*

dan

*selamat hari keberanakan dan kelahiran dan kewujudan di muka kebumian ini yang ke dua puluh kepada hasreen nor ain merangkap member, jiran, mak cik,kakak, nenek, skandel, sugarmummy, super model dan housemate aku. we love you bebeh*

2 gosip liar:

  hasreen

December 20, 2009 at 4:13 AM

sila besarkan ucapan bday aku tu ya .ha ha .

  .paiz.

December 21, 2009 at 8:48 AM

dah penuh space.maaf