sumpah aku nak insaf.

aku baru teringat yang masa new year haritu, aku ada azam. tapi sekarang entah la, mana azam pergi pun aku tak tahu. pelik. super pelik.nak cari malas. bajet dia ada dekatdekat sini ah senang. azam aku yang paling aku highlight untuk tahun ni adalah aku nak study rajinrajin. kononnya la kan. haha.

bila diingatkan balik awal awal memang aku super rajin. lamalama agak super malas sikit la. sebab apa ni? aa,mana tak nya, bila nak buka buku je masuk mesej fesbuk.bila duk dalam kelas je, masuk mesej fesbuk.aku malas nak layan actually tapi kalau dah sampai penuh inbox aku dengan mesej fesbuk tu, of cos la aku ber tendency untuk mereply. senang cakap memang aku reply la. obses siot,obses.aku paling pantang kalau tengok inbox aku penuh je. macam semalam si shax dajal sampai penuh inbox aku dengan mesej yahoo messenger. mementang la aku on mobile. tapi aku cool,aku relek je. sebab tu dia hidup lagi sampai skarang ni.

semalam aku makan dekat johnny`s. sedap. dia punya tomyam mee hon memang super marbeles la. *tiru gaya adik aku masa makan megi*.
aku cucuk garfu dalam mee hun, pusing pusing sikit. tarik tinggi tinggi bajet nak kasi kuah jauh. shake shake sikit. terus makan. sedap wohh. terai lagi skali. tarik lagi tinggi. shake shake, sekali. puff, adoi kuah tomyam masuk mata. pedih weh pedih.merah mata aku semalaman.sejak haritu aku sumpah, aku dah tak nak bagi mata aku rasa kuah tomyam.

dah la tomyam tak habis. kalau la ada mesin masa ala ala yang macam doremon tu, harini aku aku naik mesin masa tu pergi balik johnnys dan makan balik mee hon tomyam tu. dan aku pada hari semalam tu mesti akan pelik sebab bee hun tu tetiba habis dan otomatik akan ke masa yang semalamnya untuk makan bee hun tu balik. dan aku yang hari semalam semalam nya pun akan naik mesin masa untuk tom yam bee hun tu, dan aku yang hari semalam semalam semalam pun akan naik mesin masa untuk makan bee hun tuh, dan aku yang semalam punya semalam punya semalam punya semalam pun akan naik mesin masa tu dan curi bee hun aku yang semalam punya semalam punya semalam. tapi bila aku bayangkan yang gila menakutkan kalau aku terjumpa banyak gila aku. dan bila jadi macam tu aku yang semalam mesti akan marah aku sebab aku gelojoh makan bee hun smapai kena mata dan aku yang semalam semalam pun mesti marah aku sebab rosak kan kad atm bsn dan aku yang semalam punya semalam punya semalam pun mesti marah aku sebab aku tak study untuk quiz math. bila fikir nak kena marah, oh nasib baik doremon tak ada dekat melesia kan. aku selamat.bagus. tapi aku masih tak nak makan bee hun tomyam sampai esok.insaf sekejap katanya fahmi.

p/s: MALAYSIA,sila haramkan kemasukan mesin masa dalam negara oke.

memang post berani mati la.

course aku pakai plan pengajian B. maksudnya batch aku boleh pilih nak sambung option A atau option B. cakap banyak pun tak guna, sebab yang baca blog haramjadah ni budakbudak kimia jugak. sendiri faham la kan.

so, dari option B aku di - promote masuk option A. so aku tak payah buat praktikal la. tapi subject lagi super duper killer la.aku berikrar, walau se-super duper killer sekali pun, aku takkan kutuk lecture dekat blog macam budak tu. haha. kesian siat kena cari dengan lec lagi tu. aku nak letak nama tak uh siot ah, kang tak pepasal pulak:

H: helo,boleh cakap dengan paez?
aku: ye saya la ni.
H: apa awak tulis dekat blog haramjadah awak tu?
aku: apa,apa?
H:awak telah menjejaskan nama baik dah level of profesionalism saya awak tau tak?
aku: ye ke? tak tahu pun.
H: oh ye ke. jumpa next sem oke.
aku: oh, oke. bbye.*menangisnangis*

so, kesimpulan dia aku dah option A. wohhoo. aha.

bila nyamux banyak sangat.

in general, nyamuk adalah sejenis binatang yang super duper annoying. maksud annoying disitu adalah super duper menyakitkan hati la. tak faham lagi? oke, senang cakap nyamuk tu shax la. dah faham? oke good.

kesinambungan disini adalah,bila ada nyamuk akan ada chances untuk aedes. di ulangi AEDES. lagi skali aku highlight AEDES ya rakanrakan. ada member aku ni, apa punye bangang dia kata aedes tu long form untuk AIDS. aku pun a`a betul la tu.aku percaya, aku percaya. nak betulkan dia?malas ah, biarkan dia hidup dalam dunia dia. tak elok busy body. ceit,aku tau. kejap lagi mesti makcik cakap, "eh kau macam cakap dengan cermin je cha".

so, bila ada shax maka adalah la fogging. fogging itu ada jika dan hanya jika shax wujud. siot la, math moden aku terbaek la. haha. time fogging petangpetang haritu,tak ramai ada kat rumah. cace tidur. malas nak kejut. lagipun dia dah biasa dah hidu racun.so, dia selamat ah. aku dengan aide cepatcepat lari keluar rumah.hamster? aku letak dalam bilik then tutup pintu. nasib baik selamat. time fogging tu jugak la, ada budakbudak enjoy. ingat zaman duludulu. bila ada fogging ah mula la nak belakon jadi pendekar la, power rangers la, apa la. duduk dalam asap fogging tu. peh, super macho ah. lepas tu pekik nama power, asap tu bajet power aku ah tu. adoi, aku dulu macho ah. power berasap asap. sekarang ni tak boleh. power dah hilang. kalau buat kat sini petang haritu,sah sah kena baling batu dekat aide. pakcik,makcik,budakbudak semua mesti cakap, "alahai,kesian. spm kantoi,terus jadi mental". haha. dulu aku harihari kena kutuk mental sebab aku jarang pikir dua kali. mulut pun cakap lepas je,tu yang harihari kena tampar lajulaju dekat fahmi tu. siot, sakit la dol.

semua merah,besarbesar pulak tu.

barubaru ini ada AJL, semua orang gempar pasal aizat jadi juara. semua orang asyik dengar artist artist yang bertanding menyanyi lagu mereka, aku kata oke la sangat best. tapi sedang AJL tengah gempar, rumah aku gempar dengar "hensem sial faizal tahir". haha. seriusli aku cakap korang yang baca blog aku ni tak nampak kenapa benda tu jadi gempar. aku pun malas nak cakap.atas sebabsebab tertentu yang merbahaya kepada kesihatan usus aku.

barubaru ini jugak,aku balik kampung. bawak balik duku dua kotak. tapi tak habis makan. banyak sangat. lastlast bila dah lebam,buang. sayang, duku sedap tu.

barubaru ini jugak, aku try lompat stair tinggi dekat ampang jajar.tapi fail.kantoi.repeat. sakit siot.malu pun ada,budak kecik comel nama farish gelakkan aku sampai tutup tutup mata tengok aku jatuh.

barubaru ini jugak, uitm penang buat hari persatuan. dua hari tu. sangat bosan. orang kata best tapi aku kata bosan. tak kira apa orang kata, aku tetap dengan pendirian aku yang penuh kebosanan sebab aku kena jaga booth. memang la bosan. duduk dekat booth,buat muka macho,sengih. lepas tuh promote kelab aku. mengantuk pun ada,lapar pun ada. nak lari susah, aku kan berdedikasi,katanya kawan aku. tapi aku kata, aku berdedikasi itu masa. timetime nak dapat publisiti murahan,haa baru la aku berdedikasi. mahalmahal tak mampu, publisiti free je aku mampu.

barubaru ini jugak, azmi beli deck baru. aku dah post dekat post lepas tapi saja nak ulang sebab aku tak tahu nak tulis apa.

barubaru ni jugak, si farish,skater comel kenit tu tunjuk ollie kat aku.dia punya la semangat sampaikan:

aku:*lepak atas deck,korek hidung*
farish: abang,abang boleh buat willie tak?
aku:hah? *sambil lap najis hidung dekat baju dia*
farish: farish boleh buat willie?
aku: willie?apa willie tu?
farish: lompat lompat tu la.*sambil tunjuk skill "willie" dia*
aku: oooh ollie ke?

*ada ke trick willie?aku pun tak tahu?tapi dia buat ollie*

barubaru ni jugak aku telah add facebook sekolah rendah aku. dengan cuak dan berdebar, aku tekan button add. sesambil terfikir, adoi aku dah lah femes dekat sekolah, tak best la aku ada orang merepot kegiatan "bermoral" aku dekat facebook dekat momma saya. haha. sekali momma saya yang handle facebook sekolah tuh, matilah saya. wahaha.

barubaru aku ada homework mat 235. aku bajet la senang tapi bila try buat, aduh siapa la yang cipta rumus melintang pukang,complicated macam ni. menyampah pun ada aku tengok rumusrumus tuh. tapi aku kan pelajar yang solehah,rajin,dedikasi dan bermas depan,so nak tak nak aku kena buat jugak. tapi since susah sangat dan sangat dan sangat aku salin je calculation dari rakanrakan seperjuangan aku. janji aku buat kan. sangat puas hati dapat tunjuk calculation tu betul. bangga bangga.

yang paling baru gila,baru sejam lepas aku balik dari melepak dekat feringgi dengan housemates aku.walaupun tak cukup full team tapi oke la kalau setakat nak main kejarkejar, geletekgeletek dekat pantai. air laut sungguh masin,tapi sedap.lepas lepak,kami minum dekat kedai mamak. betulbetul depan aku ada table satu geng budakbudak kerek.haha. sakit perut aku. rasa nak balik taik lembu pun ada jugak. er hello saudari,saudara, saya dan rakanrakan saya pun boleh speaking bi jugak oke. tapi takde la sampai nak kecoh,bangga macam tu sekali. ni tak, berpotpetpotpet kejap terus tengok kami.potpetpotpet tengok kami. dah nak sengih sinis,memang aku balik taik jugak kang. kami faham la saudari,malas je nak shot balik,takut nanti lari menangis balik rumah kang siapa yang susah. bukan kami,bukan mamak tu tapi kawankawan,rakanrakan saudari yang seangkatan sekereknya dengan saudari jugak yang susah nak kena bayar apa yang saudari makan.kan susah macamtu.sudari sesedap je lari nangisnangis,tak bayar makan apa.ishish.tu kami malas tuh.

plan akan datang, kami satu rumah nak ambik muet sem ni. kalau dapat band 6 ke 7 ke memang sebulan aku gantung kat leher sijil muet tu.

plan akan datang, aku rasarasa nak beli deck baru yang kosong.cace kata murah. acap tenterabergajah pun kata nak beli jugak.

plan akan datang, aku dan cace berplanning nak tubuhkan kelab skate uitm penang. memintak la berjaya ditubuhkan. penang ramai skateboarder.backpackers pun ramai.cuma tak tahu nak aktif macamana.kesian kan. haa,timbalan pengarah,kau jangan nak buat perangai pulak masa aku nak mintak approval untuk kelab tu, aku bocorkan tayar kereta kau nanti kang.

plan akan datang yang berjangkamasaterdekat,esok aku,cace dan acap nak pergi taman belia dekat pulau main skate. azmi tak tahu lagi. dia kalau settle kerja awal,baru dia join. tapi kalau dia ada lagi best. lagi ramai lagi best. lagipun geng kami dah tinggal berapa kerat je pun. si mu dah takde dah. jannah kata dia dah memang tak boleh main skate dah sebab kaki luka. kesian, dah la kena dismiss, tak boleh skate pulak tu. tapi,mintak truck balik boleh tak?truck aku kurang sedap.

plan akan datang yang lagi dekat, aku nak ketuk makcik kawkaw sebab aku suruh update dan cari gig gig best kat area penang secepat mungkin tapi dia cam lost,sesat,dissappear.hilang macam tu je. nak kata chipsmore,besar sangat. jajan pun satu, sangat sibuk dengan projek.ish ish ish. kesian pulak aku tengok budak option A,hmm tapi biarkan,siapa suruh ambik option A. haha. nasib baik aku option B.

plan paling dekat, kejap lagi aku nak tidur. tengkuk aku sakit sial. aiyaa.


song of the day: fireflies by the owl.

word of the day: Herald : a newspaper of the roman catholics. * that is what people told me*

dem dem dem.

bila tak tulis, idea penuh satu kepala. bila nak tulis, semua lari. ni yang buat aku malas ni,tapi dont worry aku tetap rajin.

aku pergi skate. dekat ampang jajar. best ah.dah lama tak skate sejak uitm buka balik. sangat busy. sangat sangat busy.

newsflash,azmi beli deck baru. plan B tuh. maka berposing la kami dengannya:

*ni la dia, deck PLAN B yang mahal tuh*


*ni abang cina yang tak boleh cium tangan*

*aku sungguh bergaya,cace interframe,haha*

macam biasa, ada budak kecik nama farish yang slalu join kami skate. haritu bila dia nak balik, macam biasa lakan dia salam kami. then sampai turn azmi dia cium tangan, akak dia pun:

akak: salam abang tu, salam abang tu.
farish:oke.*sambil cium tangan azmi*
akak:eh mana boleh cium tangan abang tu,dia cina.

*pedih azmi,pedih. haha.*

newsflash lagi, team skate dah kurang sorang. si Mu dah kena dismiss. semoga beliau bahagia,

woo,petang ni skate lagi. yes. :)