bila raya.

Sebelum Raya kita kena puasa. Ustazah cakap puasa kena 30 hari. Kalau kurang tak boleh raya.

Tapi Kenapa?

I do not understand.

Kenapa kena puasa?

Kenapa aweks-aweks yang tak puasa penuh sebab period boleh raya?

Kenapa bila raya kena shopping?

Aku paham bila orang cakap puasa ni suruhan Allah. Semua orang faham. Tapi.. Kenapa? Kenapa aku tak puasa penuh? Kenapa ramai orang tak puasa penuh. Ada orang tengah-tengah hari, pukul 2 goreng ikan. Ingat orang tak tahu la tu. Tapi bau ikan tu merayap satu block. Bunyi goreng ikan tu pulak tak ingat nak slowkan. Volume kuat sangat. Siapa? Jiran depan rumah aku. Pukul 3 petang makan megi depan pintu rumah. Ish3. Tapi.... Dia baik. Mereka baik. Diorang tahu nak share. Jemput aku makan sekali. Aku tak pandai tolak. Aku join. Aku tak sampai hati nak tolak pelawaan mereka. Aku bendul.

Period. Nak sembahyang tak boleh. Nak puasa tak boleh. Puasa takkan penuh la sebulan. Gerenti. Tapi bila nak raya, diorang yang lebih. Yang Ibu, Mama, Mak dan sewaktu dengannya tu sibuk nak tukar langsir. Baru langsir, Tv baru 58 inci dia taknak cerita pulak. Bila Mak Cik Semah belakang rumah tukar sofa, haa mula la dia merengek kat Papa, Daddy dan Abah. Sibuk nak lawan orang. Tapi bila Uncle Ramlan tambah bini, dia pulak sibuk tak nak approve. Pelik kan? Kata nak lawan jiran. Tapi kenapa tak bagi Papa, Daddy dan Abah tambah cawangan. Kesian dia. Sabar ya Papa. Daddy jangan la nangis. Abah, jangan la lepak tepi sudut tu.

Bila raya...
Semua sibuk nak shopping. Aku?

Semalam pegi "Window Shopping"
Tadi pegi teman member Shopping
Esok baru nak shopping

Perlu ke nak shopping tetiap kali raya? Perlu ke bila raya je nak beli baju, seluar, kasut dan boxer mahal? Aku tak paham. Tak boleh ke beli baju mahal bila awal nak kahwin? Tak boleh ke beli seluar mahal bila gaji masuk? Tak boleh ke beli kasut mahal bila banyak duit? Tak boleh ke beli boxer mahal bila rasa nak beli? Kenapa kena tunggu raya baru boleh beli yang mahal? Pelik kan. Lagi pelik, tak boleh ke beli barang-barang mahal bila duit pinjaman masuk? Bukan ke lagi best. Duit banyak. Beribu-ribu lemon. Nak beli barang pun beli je. Setakat Jean Skinny TOPMAN tu, RM168 size 30 ala tak luak pun. Murah je tu. Pinjaman diplomakan Rm2500 semester. Bestkan hidup. Tapi tak nak beli. Bila raya jugak nak beli. Aku tak faham.

Lagi aku tak faham. Budak-budak sekolah sekarang. Bila beli baju mahal,ishh, label diorang simpan. Letak label dan tanda harga dalam wallet. Dengan harapan nanti member geledah wallet dan nampak. Nanti diorang kena puji. Mesti best kena puji kan.

Nak try buat jugak la. Best kena puji. Saya suka kena puji.

1 gosip liar:

  Unknown

September 13, 2009 at 6:58 AM

tau xpe yg xpose kekdg yg lebih nye raye..
kat sini pukul 12 mule la kuar kan toaster dan aktiviti membakar roti pon berjalan ngn penuh meriah..